Wednesday, 29 March 2017

MCA lancar kempen rakyat bantah Hudud

PARTI perkauman dan anti-Islam, MCA akan melancarkan kempen rakyat menentang PAS bagi menghalang pembentangan Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 di Parlimen akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dipetik China Press sebagai berkata, MCA menyeru rakyat, ahli Parlimen, persatuan Cina dan dewan perniagaan menyertai kempen untuk menghalang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan RUU itu di Dewan Rakyat.



"Kami telah mencapai persetujuan untuk menentang PAS dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang merupakan tanggungjawab setiap warganegara ini," katanya pada taklimat pembentangan RUU PAS itu semalam.

Tiong Lai berkata, setakat ini MCA telah berhubung dengan Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia, Persekutuan Persatuan-persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia dan Persekutuan Persatuan-persatuan 7 Klan untuk kempen ini.

Sebelum ini Tiong Lai mengugut akan meletak jawatan menteri yang dipegang sebagai tanda protes jika RUU itu diluluskan.

Ugutan itu disusuli oleh Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam kerana menggangap RUU PAS bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sumber — ismaweb

MCA bantah kerajaan PAS haramkan judi di Kelantan

PARTI Politik Orang Cina, MCA dilaporkan tetap bertegas membantah pengharaman sebarang bentuk perjudian di Kelantan termasuk tiket loteri dan bercadang membawa perkara itu ke mahkamah sebagai jalan penyelesaian.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek ketika itu berkata, ini kerana keputusan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan perjudian itu menyalahi peruntukan perlembagaan yang turut menjamin hak-hak bukan Islam.

"MCA bukan menyokong perjudian tetapi apa yang dilakukan kerajaan PAS Kelantan mengharamkan judi jelas telah menyalahi peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak-hak bukan Islam dalam soal ini.

"Kami (MCA) tidak dapat menerima penjelasan pemimpin PAS Kelantan dan selepas ini kami akan berbincang di peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan pemimpin kerajaan Kelantan di sini.

Dr Chua mengetuai delegasi MCA yang terdiri daripada pimpinan parti termasuk Naib Presiden Wee Jeck Seng dan Ketua Pemuda Datuk Dr Wee Ka Siong.

Kerajaan Kelantan pula diwakili Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Ahmad Zaki Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Takiyuddin Hassan serta Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Datuk Annuar Tan Abdullah.

Sambil menegaskan MCA menghormati hak orang Islam, Dr Chua berkata cadangan membawa isu itu ke mahkamah bersandarkan kepada penafian hak bukan Islam seperti yang diperuntukkan di bawah undang-undang persekutuan.

Beliau turut hairan kerana selain Pengerusi DAP Karpal Singh, pemimpin pembangkang yang lain mengambil sikap berdiam diri terhadap isu tersebut.

Sumber — Borneopost

Monday, 13 March 2017

MCA digesa jangan campur hal ehwal Islam

PERTUBUHAN Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam kenyataan Biro Perundangan MCA, Choo Wei Sern yang mendesak Kerajaan Pas Kelantan supaya tidak membawa usul rang undang-undang Jenayah Syariah (2) Kelantan 1993 ke Parlimen.

Pengerusi Biro Hal Ehwal Islam Perkasa, Shamsuddin Moner berkata, tindakan tersebut merupakan cubaan mencampuri hal ehwal Islam di negara ini serta menunjukkan pendirian berat sebelah MCA kerana pemimpin parti itu hanya berdiam diri ketika gereja Katolik mencabar Islam berhubung penggunaan kalimah Allah.

Tegasnya, Perkasa akan mempertahankan kerajaan negeri dan menyeru semua Ahli Parlimen beragama Islam tanpa mengira parti memberi sokongan apabila usul itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Kenapa sebelum ini MCA tidak membantah tindakan gereja Katolik yang bertindak secara biadab mencabar Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan dan negeri mengawal pengembangan apa-apa agama serta iktikad dalam kalangan umat Islam selain tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada agama lain.

Justeru, Perkasa memberi amaran kepada Biro Undang-Undang Pemuda MCA supaya jangan bermain api dan tidak cuba memperlekeh cadangan Kelantan untuk membentangkan draf enakmen jenayah syariah itu di Parlimen," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri melalui Ahli Parlimen parti itu akan membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Menurut Ahmad, keputusan itu dibuat susulan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan undang-undang Islam itu.

Wei Sern dalam reaksinya bagaimanapun meminta Ahmad menghormati Perlembagaan Persekutuan dan tidak meneruskan hasrat tersebut kerana mendakwa pembentangan rang undang-undang persendirian untuk membolehkan hukum hudud dilaksanakan di Kelantan bakal membawa implikasi besar kepada undang-undang yang sudah termaktub serta rakyat Malaysia keseluruhannya.

Sementara itu, Shamsuddin menggesa kerajaan negeri agar menubuhkan sebuah panel bebas yang terdiri daripada ahli akademik serta pakar undang-undang untuk mengkaji draf usul tersebut terlebih dahulu serta memastikan kesesuaiannya sebelum dibawa ke Parlimen.

Katanya, hal demikian kerana terdapat pelbagai pertikaian yang timbul sebelum ini mengenai undang-undang tersebut yang didakwa tidak lengkap termasuk kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menyifatkannya sebagai 'hukum hudud Pas' dan bukannya hukum Islam sebenar.

Draf itu perlu diteliti oleh pakar terlebih dahulu agar menepati kehendak syariat dan memenuhi peruntukan dan bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan serta negeri," katanya.

Sumber — Utusan Malaysia

Friday, 10 March 2017

MCA digesa hormat sensitiviti Umat Islam

TINDAKAN MCA membantah hasrat Pas untuk menganjurkan himpunan mega bagi memberi penerangan pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bulan depan disifatkan biadab.

Ketua Wira Perkasa Kelantan, Burhanuddin Ruslan berkata, pihaknya kesal dengan tersebut dan dalam masa sama mengharapkan agar MCA lebih menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Tindakan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang secara terbuka menentang usaha Pas memberi penerangan tentang RUU355 18 Februari nanti seolah-olah mereka tidak menghormati hak umat Islam di negara ini.

"Sedangkan keharmonian dan keutuhan antara kaum di negara ini adalah berasaskan persefahaman, kesedaran serta saling menghormati antara satu sama lain termasuk kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, pihaknya menyifatkan bantahan terhadap himpunan itu sebagai petanda awal penentangan terhadap usul pindaan RUU355 dan berharap ia tidak akan berlanjutan sehingga menimbulkan suasana lebih tegang.

"Wira Perkasa Kelantan berharap agar MCA tidak sesekali menyentuh dan mempertikai tentang Islam serta menjadi jaguh untuk kepentingan sendiri. Kami gesa Datuk Seri (Tiong Lai) tarik balik kenyataan dan mohon maaf kepada umat Islam," katanya.

Burhanuddin berkata, pihaknya tidak teragak-agak 'memulau' Parlimen Bentong dan Presiden MCA sebagai Ahli Parlimen di kawasan itu dan akan berkempen memastikan pengundi Melayu Islam di situ tidak lagi memberi undi kepada parti berkenaan.

"Tidak sekadar itu, kami akan tampilkan calon 'Barisan Bebas Perkasa' untuk bertanding di Parlimen Bentong yang majoritinya adalah pengundi Melayu Islam. Sebelum ini merekalah yang memberi undi kepada Datuk Seri sehingga layak menjadi Ahli Dewan Rakyat," katanya.

Dalam pada itu, Burhanuddin berkata, pihaknya juga berharap agar Tiong Lai dapat menghormati kedudukan agama Islam dan sensitiviti umat Islam sekali gus memahami peranan agama masing- masing agar dapat memupuk kesejahteraan beragama.

Ahad lalu, MCA menegaskan pendirian membantah hasrat Pas kerana menyifatkan himpunan yang akan diadakan di Dataran Merdeka itu akan memungkinkan tercetusnya perpecahan antara kaum di negara ini.

Sumber — Sinar Harian

Wednesday, 8 March 2017

Antara senarai bukti MCA anti Islam — Nasrudin bin Hassan

1. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sejak kebelakangan ini dilihat begitu ketara mempamerkan sikap prejudis terhadap Islam dan syariatnya.  Lebih malang, UMNO sebagai parti sekutunya pula kelihatan tidak bertindak bagi mempertahankan kesucian Islam mahupun mengambil tindakan tegas ke atas Presiden MCA tersebut.

2. Antara sikap prejudis Presiden MCA terhadap Islam ialah :

• Mengaitkan negara Islam sebagai negara teokratik.
• Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki yang bukan mahram dari bersentuhan.
• Memprovokasi dan menyindir sambutan Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah pihak berkuasa tempatan di Kelantan memaksa supaya kedai-kedai di tutup pada Hari Raya.
• Mengaitkan Islam sebagai punca kepada  negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipalit rasuah dan lain-lain lagi.

3. Semasa Berkempen dalam Pilihanraya Kecil DUN Tenang, Presiden MCA  pernah menyebut :

• "What's so great about knowing Muslim values?"
"Apa baiknya untuk mengetahui tatasusila/nilai orang Islam?"

4. Presiden MCA, Chua Soi Lek. Dalam ucapannya pada satu majlis di sebuah Tokong cina di Dun Tenang, Labis, Johor.

• "Normala will not come here to Chinese temple, she doesn't even shake hands with the people. I have received complaints about this. She like Anwar Ibrahim's wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accepts this kind of Islamis value, go ahead and vote for PAS"

"Normala tidak akan datang ke Kuil Cina, dia juga tidak akan berjabat tangan dengan orang. Saya menerima aduan tentang ini. Dia (Normala) seperti Isteri Anwar Ibrahim yang memakai sarung tangan. Jika anda boleh terima nilai Islam yang sebegini silakan mengundi PAS"

5. Sebelum ini, pada 6 Ogos 2010 di Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star Dr Chua telah mendakwa  bahawa Umno dan PAS menggunakan agama bagi meraih sokongan di kalangan masyarakat Melayu. Apabila dua parti Melayu yang dominan itu bersaing. Dr Chua mendakwa bahawa kesannya akan wujudlah dasar yang tidak progresif  lalu menyebabkan negara terperangkap dalam kategori penduduk berpendapatan sederhana untuk lebih 10 tahun.(tidak maju)

6. Akhbar  MCA Hina Islam: "Undang-undang itu (Enakmen Jenayah Syariah Selangor) jika dilaksanakan adalah langkah kebelakang dan terlampau bodoh untuk digambarkan" The Star.

7. "MCA sedia keluar BN jika HUDUD dilaksanakan"- Presiden MCA Chua Soi Lek 23 September 2011. Keesokkan harinya pula pada 24 September Datuk Seri Najib mengeluarkan kenyataan berikut untuk menjaga hati MCA : "Hudud tidak akan dilaksanakan di Malaysia, Hudud tidak berpaksi kepada realiti"

8. Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai tegas menghalang sebarang usaha penubuhan kerajaan Islam di Selangor . Penegasan dibuat kepada ahli-ahli MCA pada Konvensyen MCA Negeri Selangor bertarikh 18 Ogos 2012

9. Ng Kiam Nam seorang peguam dan ahli seumur hidup MCA membantah laungan azan yang berkumandang  di Masjid Khadijah Pantai Dalam. Kononnya azan itu dengan suara yang kuat Lalu JAWI mengarahkan masjid perlahankan Azan.

10. Pada 16 Januari 2012- Menteri Pelancongan, merangkap naib presiden MCA, Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen, memperlekeh dan 'menghentam' langkah Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yg melarang pekerja muslim dari bekerja di tempat - tempat hiburan yang terlibat dgn arak. Katanya langkah itu mesti dibatalkan kerana bertentangan dengan hak asasi manusia. (sedangkan Kerajaan Selangor berusaha dapatkan pekerjaan alternatif kepada orang Islam yang sedang bekerja di premis arak)

11. Bekas ADUN MCA Subang Jaya, Lee Hwa Beng telah menulis dalam Twitternya bahawa negara Islam seperti dicanangkan oleh PAS akan mengharamkan semua agama. Katanya, "Sebagai penganut Kristian, kita seharusnya takut akan negara Islam daripada perkara yang lain. Mengapa DAP menolong PAS mencapai tujuan itu." soal Lee kepada penyokong DAP. Katanya lagi "Salah satu Perintah Tuhan ialah menentang negara Islam.

12. The Star [ Akhbar MCA ] adalah antara akhbar yang kerap mempersendakan Islam. Sebagai contoh :

•  Pertama ialah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

• Kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan. (The Star pada 10 Ogos 2011. Di bawah tajuk tersebut ada ditulis penerangan iaitu "Authentic prime pork ribs will certainly delight your taste buds".)

• Ketiga penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terdedah.

13. Terkini Pengerusi MCA Negeri Kedah Datuk Chong Itt Chew mempertikai dan memperkecil usaha Majlis Bandaraya Alor Star memperkenalkan Kod Pakaian model Papan Tanda Iklan yang meletakkan pakaian yang menutup aurat bagi model Muslim dan berpakaian sopan bagi non muslim.

14. Sekali lagi, apa yang malang ialah sikap membisu sejuta bahasa oleh UMNO sebagai sekutu rapat MCA dalam Barisan Nasional berdepan sikap pemimpin MCA yang konsisten memperlekeh dan mempersenda Islam dan syariatnya.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Sumber — Pas Perak

Tuesday, 7 March 2017

MCA sedang berusaha mahu men 'cina' kan Malaysia

SAYA menyambut baik dan menyokong laporan akhbar di Sinar Harian tulisan tokoh wartawan Negara A.Kadir Jasin, berjudul "Bahaya terlalu rapat dengan China"



Beliau memberikan beberapa fakta yang sangat relevan agar kita sama-sama perhalusi dalam keadaan politik negara yang semakin rapuh. Antaranya adalah jalinan kerjasama terus antara MCA (Persatuan Cina Malaysia), dan Parti Komunis China (CCP).

MCA dan CCP (Parti Komunis China) berikrar, akan mempertingkatkan perkongsian pengalaman di kalangan pemimpin kedua-dua buah parti. Sepanjang mengikuti perkembangan isu One Belt One Road (OBOR) beberapa tahun lepas di surat khabar milik MCA, The Star, (anda boleh melihat laporan khusus mengenai isu ini, tidak di akhbar lain) perhubungan politik MCA dan CCP dilihat terlalu akrab, ibarat abang dan adik.

Campur tangan China secara terus dengan mengunakan MCA sebagai pembantu. Hal ini boleh diperhatikan melalui tindakan Duta China, Huang melawat Petaling Street pada 29 September 2015 bagi melindungi kepentingan peniaga-peniaga China di sana. Turut mengiringi beliau pada waktu lawatan itu adalah Datuk Ang Say Tee, beliau merupakan pengerusi Persatuan Peniaga & Penjaja Kuala Lumpur dan pernah memegang jawatan Timbalan Pengerusi MCA Ampang.

MCA – menganjurkan bersama China Economic Cooperation Centre dalam dialog yang dihadiri peniaga daripada China dan Malaysia seramai 250 orang. Menteri Pengangkutan Liow Tiong Lai, setiusaha MCA, Ong Ka Chuan dan Zhou Li, Jabatan Antarabangsa Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) adalah antara yang hadir pada majlis itu

Anda boleh memerhatikan pola isu di berita, dengan melihat apa perkembangan terkini yang MCA cuba lakukan, bukan dari sudut ekonomi sahaja malahan jauh sehingga kepada pendidikan dan juga budaya. Anda boleh lihat sendiri di laman rasmi MCA.

i) Malaysia working to get SPM Chinese paper recognised by CHINA – The Star

ii) KUALA LUMPUR: MCA will push for the Public Service Department (JPA) to recognise degrees and higher education programmes offered by over 800 universities in China, which are accredited with the Malaysian Government Qualifications Agency (MQA). – The Star

iii) MCA: Maintain ' CHINA town' – The Star

iv) MCA Youth-Scholarships to study TCM in CHINA – The Star

v) CHINA groups plan international schools in M'sia – The Star

vi) Festival chairman Datin Paduka Chew Mei Fun said the arts and culture forum is an initiative by the Malaysia-China Friendship Asso­ciation in collaboration with Xinhua News Agency.

"When we touch on the topic of One Belt One Road, the emphasis is usually on economy, politics, and other topics, but not culture and arts," she said.

vii) Malaysia to send troops for CHINA 's military parade commemorating WW2 anniversary – The Star

viii) Connectivity with CHINA a priority – The Star

ix) 'High time to implement visa-free entry for CHINA tourists'

Persoalan yang terbesar yang kita boleh tanyakan adalah, apa sebenarnya yang MCA telah lakukan? Tuntutan-tuntutan ini adalah tuntutan yang besar. Apakah yang akan dikongsi oleh MCA kepada CCP? Sudahkan MCA jelas dengan garis panduan diplomasi oleh kementerian luar negeri? Atau bergerak secara silo dan sendiri sehingga boleh mengabaikan kedaulatan negara?

Kerajaan harus memandang serius terhadap usaha ini, jangan hanya melihat kepada keuntungan ekonomi semata-semata. Dengan pentadbiran sedia ada, tuntutan ini berjalan bagai tiada henti. Jangan sampai tiba pada satu titik ianya tidak dapat diberhentikan.

Berhati-hati, jangan terlalu rapat dengan China. Ada titik pemisah yang perlu kita fahami dalam diplomasi.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS INSTITUTE

Friday, 3 March 2017

DAP punca PAS jadi semakin kuat kata Presiden MCA

DATUK Seri Liow Tiong Lai, sekali lagi mengecam Parti Tindakan Demokratik, DAP kerana telah memperkuatkan Parti Islam Se Malaysia, PAS dalam dua pilihanraya umum yang lalu.

Kata Presiden Parti Pertubuhan Orang Cina Malaysia (MCA) itu, DAP harus dipersalahkan apabila PAS mahu memperkasakan kuasa Mahkamah Syariah.


"Ketika Karpal Singh masih hidup, beliau secara terbuka menegur para pemimpin DAP atas kesilapan pendirian mereka terhadap undang-undang hudud."

"Kini Karpal sudah meninggal dunia, tidak ada lagi sesiapa yang dapat menegur Lim kit Siang dan anaknya Guan Eng,"

"Mereka bukan sahaja tidak mengakui kesalahan, sebaliknya mereka menuduh MCA yang sentiasa menentang pelaksanaan hukum hudud," kata Liow dalam satu kenyataannya semalam.

Cadangan PAS untuk meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 (Bidangkuasa Jenayah) adalah bagi meningkatkan hukuman maksimum yang boleh diputuskan oleh Mahkamah Syariah.

Pindaan tersebut dilihat sebagai cubaan PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud.

Tambah Liow lagi, beza terbesar antara DAP dan MCA adalah parti itu mempunyai pendirian yang tidak pernah berganjak terhadap Hukum Hudud.

Katanya lagi, DAP pernah mempromosikan niat PAS mahu melaksanakan negara berkebajikan.

"Dalam mengejar kuasa, DAP telah menghianati dan mengelirukan masyarakat Cina dan telah dipergunakan oleh PAS. Kini PAS telah menjadi semakin kuat dan sudah boleh membuang DAP," kata Liow.

Beliau turut menegaskan bahawa PAS yang mula-mula memutuskan hubungan dengan DAP pada bulan Jun 2015, selepas 13 hari kemudian barulah DAP melakukan tindakan yang sama.

"Walaupun mereka telah memutuskan hubungan namun DAP masih lagi bekerjasama dengan PAS di Selangor," katanya lagi sambil menambah bahawa ini adalah fakta yang sah.

Sumber — The Star

Thursday, 2 March 2017

MCA bantah apa jua RUU berkaitan hudud kata Presiden MCA

PARTI Pertubuhan Orang Cina Malaysia, MCA hari ini mengulangi pendirian untuk membantah mana-mana rang undang-undang bagi pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan, pelaksanaan hudud adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan menjejaskan hubungan antara-etnik.

"Rang undang-udang yang dikemukakan Datuk Seri Hadi Awang adalah RUU persendirian, yang didorong oleh matlamat PAS melaksanakan undang-undang jenayah Syariah di Kelantan.



"Ia bukanlah rang undang-undang kerajaan mahupun yang selari dengan prinsip dan kedudukan Barisan Nasional," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, jelas Liow, MCA tidak akan menyokong mana-mana rang undang-undang bagi melaksanakan hukum tersebut.

Jelas beliau, MCA mahu kerajaan mengekalkan struktur sistem perundangan sedia ada yang diwujudkan sebelum ini.

Katanya, ia diwujudkan berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, yang menyokong kebebasan untuk semua kaum, agama dan latar belakang masyarakat.

Sesi perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian berkaitan hudud oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat ditangguhkan pada Khamis.

Rang undang-undang persendirian itu disenaraikan sebagai agenda terakhir dalam aturan mesyuarat pada hari akhir sidang Dewan Rakyat semalam.

Ia buat pertama kalinya dibenar untuk dibentangkan di sidang Dewan Rakyat, selepas dipercepatkan untuk dibahaskan.

Bagaimanapun ia kemudiannya diminta tangguh daripada dibahaskan oleh Abdul Hadi kerana kesuntukan masa.

Sumber — AstroAwani

Wednesday, 1 March 2017

MCA tubuh jawatankuasa anti Perlaksanaan Hukum Hudud

PARTI Pertubuhan Orang Cina Malaysia, MCA (Malaysia Chinese Association) pada 22 Januari 2015 dilapor telah menubuhkan satu jawatankuasa "Anti perlaksanaan hukum hudud" bagi memantau perkembangan RUU355.



Ketua pemuda parti itu, Chong Sin Woon berkata, jawatankuasa itu yang akan dipengerusikan oleh Bendahari Agung pemuda MCA, Lee Beng Seng akan menjalankan kempen kesedaran di kalangan bukan islam terhadap 2 perkara penting — di mana ia akan memberi kesan kepada semua orang (termasuk bukan Islam), dan ia akan menjadi undang-undang negara.

"Setakat ini mereka mahu kita percaya bahawa ia hanya memberi kesan kepada Orang Islam dan Orang Bukan Islam tidak akan terkesan. Ini tidak benar kerana apabila undang-undang ini diluluskan ia akan memberi kesan kepada semua orang tidak kira sama ada anda Islam ataupun bukan," kata Chong.

Tambahnya lagi sekiranya undang-undang itu dilaksanakan di Kelantan, ada kemungkinan besar ia juga akan dilaksanakan di negeri-negeri lain seperti Perlis, Kedah, Selangor, Pahang ,dan Negeri Sembilan.

"Jadi, apabila majoriti negeri-negeri melaksanakannya, ya akhirnya akan menjadi undang-undang negara," dakwa Chong selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pemuda MCA Kebangsaan, di ibu pejabat parti itu.

Beliau menyeru mereka yang menyokong kesederhanaan dan mereka yang menentang hukum hudud untuk menyuarakan pendapat dan jangan berdiam diri.

Sumber: thesundaily.my