Tuesday, 11 April 2017

Siapa sebenarnya di belakang karikatur menghina RUU355?

KARIKATUR memperlekeh Rang Undang-Undang 355 (RUU355) yang dibawa oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mencetuskan polemik apabila ia diterbitkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina, Nanyang Siang Pau.

Akhbar itu menerima kecaman para penyokong PAS yang menyifatkan ia sebagai satu penghinaan kepadaa RUU355 dan Presiden PAS.


Tahukah anda, siapakah sebenarnya di belakang Akhbar Nanyang Siang Pau ini?

Hasil semakan di laman wikipedia mendapati Akhbar Nanyang Siang Pau telah dibeli oleh Huaren Holdings pada tarikh 28 Mei 2001 melalui pembelian Nanyang Press. Huaren Holdings merupakan syarikat milik Parti Persatuan Orang Cina (MCA).

Pembelian itu telah membawa kepada permulauan (boikot) besar-besaran oleh masyarakat Cina terhadap akhbar tersebut. Menurut Laman Wikipedia, setakat bulan Jun 2005, Huaren Holdings mempunyai pegangan sebanyak 42 peratus daripada keseluruhan saham. 


Nanyang Press telah bersatu di bawah Media Chinese International Limited bersama-sama dengan Ming Pao Enterprise Corporation Limited (Hong Kong), Sin Chew Media Corporation Berhad (Malaysia) sejak April 2008.

Media Chinese International ini pula dipengerusikan oleh Tan Sri Datuk Tiong Hiew King.

Siapakah Tiong Hiew King ini?

Tiong Hiew King adalah pengasas Media Chinese dan merupakan orang kuat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebuah parti komponen Barisan Nasional. 


Parti ini merupakan parti Orang Cina yang kuat semangat perkaumannya dari Sarawak atau dalam bahasa lebih mudah, SUPP adalah parti MCA Sarawak.

Ini bermakna, pihak yang berada di belakang Nanyang Siang Pau dan bertanggung jawab di dalam menghasilkan karikatur menghina RUU355 dan Hadi Awang adalah parti perkauman MCA dan parti rakannya dari Sarawak iaitu SUPP.

Dalam karikatur bertajuk "Akta Monyet" itu, Presiden PAS digambarkan sebagai seekor monyet berserban,  dan dilabelkan sebagai "Hadi Awang" manakala seekor lagi monyet bersongkok dilabelkan sebagai "speaker" di mana kedua-duanya bertenggek di atas
pokok "Akta 355".

"Hadi Awang" dilukis dan digambarkan sedang memegang sebatang tongkat sakti mahu menikmati makanan "keledek panas" manakala "speaker" melompat daripada pokok "Akta 355" sambil berkata "simpan untuk hari kemudian".

Karikatur itu juga turut menggambarkan sekumpulan monyet-monyet sedang bertekak atau berbahas di bawah pokok berkenaan.

Penyiaran karikatur yang dianggap menghina RUU355 dan Hadi Awang ini menimbulkan kemarahan para penyokong PAS sehingga membawa kepada satu himpunan bantahan di depan Pejabat Nanyang Siang Pau pada 11 April 2017.