Tuesday, 6 June 2017

Kerajaan tiada kuasa haramkan arak dalam pesawat MAS

PRESIDEN Parti Persatuan Cina Malaysia (MCA), Dato' Seri Liow Tiong Lai dilaporkan berkata kerajaan tidak ada kuasa untuk mengharamkan hidangan arak di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS).


Beliau yang juga merupakan menteri pengangkutan berkata ia terpulang kepada syarikat kerana penyediaan minuman beralkohol untuk penumpang adalah amalan dalam perniagaan.

"Tentu sekali tidak ada halangan. Ini adalah satu keputusan perniagaan dan bukan di bawah kerajaan. Ianya adalah keputusan perniagaan," katanya seperti yang dipetik oleh FMT.

Tambahnya lagi kementeriannya tidak mempunyai sebarang kawalan ataupun panduan terhadap isu pengambilan alkohol ketika penerbangan.

Pemuda PAS baru-baru ini membuat menyeru untuk mengharamkan alkohol di dalam pesawat pesawat MAS sentetan satu kes Mahkamah di UK, berkaitan seorang penumpang mabuk yang kemudiannya menjadi ganas dalam sebuah pesawat Kuala Lumpur — London dan terpaksa diikat. 

Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin turut menyentuh berkenaan isu tersebut berikutan hilangnya pesawat MH370 dan pesawat MH17 yang terhempas akibat ditembak oleh peluru berpandu pada 2014.

"Saya telah mencadangkan ini (pengharaman arak) selepas insiden MH370. Saya sekali lagi mencadangkan dia kepada kerajaan selepas MH17. Hentikan hidangan alkohol dalam pesawat-pesawat MAS demi tuhan," katanya melalui satu kiriman Facebook pada 2014.

Sumber — FMT

Sunday, 4 June 2017

Pemimpin MCA mahu tanah rezab diberi percuma kepada bukan Islam

SEORANG pemimpin Parti Persatuan Orang Cina Malaysia (MCA) dilapor mahu Kerajaan Pulau Pinang menyerahkan tanah rezab seluas 8 hektar di Ampang Jajar kepada kumpulan agama bukan Islam secara percuma dan bukan menjualnya.

Setiausaha MCA Pulau Pinang, Dr Tan Chuan Hong dilaporkan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang patut memberikan tanah itu dengan percuma sebagai ganjaran kepada kumpulan-kumpulan bukan Islam untuk menunjukkan ia melayan semua agama di negeri itu secara sama rata.


Katanya lagi alasan mengapa kerajaan negeri patut memberikan tanah itu secara percuma adalah kerana, kerajaan negeri hari ini telah memberikan peruntukan yang tidak seimbang antara Islam dan bukan Islam di negeri itu bertahun-tahun lamanya.

Dakwanya Ketua Menteri Lim Guan Eng, dalam jawapannya kepada wakil rakyat Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad pada bulan Julai tahun lalu, memberitahu bahawa kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM460 juta untuk hal ehwal Islam sejak 2008 sehingga bulan April tahun lalu, dan sejumlah RM7.11 juta kepada kumpulan-kumpulan agama lain sejak 2012 sehingga April tahun lalu.

Menurut Tan, angka-angka itu telah dilaporkan dalam pelbagai akhbar berbahasa Cina.

"Walaupun ia adalah perbandingan antara lapan tahun dan empat tahun, nisbahnya adalah 98.47% kepada 1.53%. jurangnya ibarat seekor gajah dengan seekor semut," katanya dalam satu sidang media di Ampang jajar.

Menurut beliau, 58% penduduk negeri adalah terdiri daripada orang bukan Islam yang telah menyumbang lebih banyak melalui sewa, tarif air dan juga cukai-cukai perniagaan kepada kerajaan.

"Namun kerajaan negeri telah memberikan satu jumlah peruntukkan yang sangat besar kepada hal ehwal Islam, walaupun orang Islam hanyalah sebanyak 42% daripada populasi penduduk. Ini sangatlah tidak seimbang," katanya.

Dalam bulan Mac yang lalu dilaporkan terdapat 32 plot-plot tanah kerajaan negeri di kawasan Ampang Jajar, terletak bersebelahan dengan sebatang sungai berdekatan stesen pemindahan sisa pepejal dan 3 buah kolam-kolam oksidasi yang telah dipelihara untuk kumpulan-kumpulan agama bukan Islam bagi membina tempat-tempat sembahan mereka.

Berita ini dilaporkan dalam portal berbahasa Inggeris, The Star milik Parti Persatuan Orang Cina Malaysia (MCA) di bawah tajuk — Penang MCA: State should give plots free to non-Muslim groups

Saturday, 3 June 2017

Akhbar milik MCA burukkan nama Maktab Tentera Diraja pula

BARU-BARU ini akhbar The Star menaikkan kemarahan orang-orang Melayu Islam di bulan Ramadan apabila muka depan akhbar senior itu meletakkan gambar umat Islam sedang sujud menunaikan solat terawih di bawah tajuk "Malaysian terrorist leader".

Belum pun reda isu tersebut, Akhbar milik Parti Persatuan Orang Cina Malaysia (MCA) sekali lagi menaikkan kemarahan orang ramai dengan muka depannya yang mencemarkan nama baik Kolej Tentera Diraja, RMC (Royal Military College) pula.

Semalam akhbar itu melaporkan berita tentang seorang Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang maut akibat didera oleh rakan-rakannya menggunakan seterika panas.

Namun gambar gerbang masuk ke Maktab Tentera Diraja yang tidak ada kena mengena telah digunakan bagi menghiasi muka depan akhbar The Star yang melaporkan berita tersebut.

Halaman bekas pelajar RMC, Old Putera Association di facebook telah membangkitkan perkara itu.


"Di dalam kami bersedih dengan kematian kadet laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), kami ingin bangkitkan bahawa gambar yang digunakan oleh surat khabar The Star telah mencemarkan imej Maktab Tentera Diraja (RMC) yang langsung tidak ada kena mengena dengan isu tersebut.

RMC ingin memastikan silap faham dapat dihapuskan. Mohon kongsi untuk menghilangkan kekeliruan. UPNM bukan RMC." tegas laman facebook tersebut.

Muka depan adalah bahagian paling penting yang menentukan strategi pemasaran sesebuah akhbar di samping menggambarkan hala tujunya di dalam menyampaikan maklumat kepada pembaca.

Kesilapan seperti ini sukar sekali dimaafkan, ia jelas sekali menjejaskan kredibiliti sebuah akhbar yang diketahui umum dimiliki oleh parti MCA iaitu sebuah parti komponen Barisan Nasional.

Kesilapan seperti ini menggambarkan bahawa sidang pengarang Akhbar The Star jelas sekali tidak membuat siasatan dan kajian terperinci sebelum akhbar mereka dicetak, sampaikan gambar UPNM dan RMC pun boleh tersilap letak.

Justeru kandungan berita The Star jelas sekali boleh dipertikaikan, terutama bila berkaitan dengan isu agama dan bangsa Melayu, kerana MCA terkenal dengan pemimpin-pemimpinnya yang sangat rasis dan anti kepada Islam.